Pages

Thursday, July 26, 2012

Kan Ku Kejar Cinta Kamu

"I LOVE KAMU"

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, " Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan)."Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut, "Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!.Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau, - Raiyan..
"Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sngat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Delila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler.



cerita ni best sangat,,kisah tentang suami isteri yang halal,,tapi dlm bace novel ni i dapat bayangkan tentang diri i,,kalau la bukan suami isteri pun,,takkan i nk kejar cinta i smpai macamtu skali,kalau i kejar sekali pon takmungkin dapat..tp Alma kuat sangat semngat sbb terlalu banyak sngat dugaan yang datang..so uall rase nk rase pe yg i rase,,just baca je nove ni.,,best tauuuu!

Sunday, July 22, 2012

mimpi jadi kenyataan ke?

sayangku aku yakin,sebahagianku
Sayangku aku pasti takdir kita bertemu,,

*jerrypah-aizat*

Boleh ke mimpi jadi kenyataan??
Sbb mlm tadi  i mimpi,,ada seorang jejaka dtg dlm mimpi

2,,die baik,sbb rase die ke orang yang perlukan dalam hidup die?hehehe,,tp syg skali,,die excident masa nk jumpa sbb masa 2 tak layan die...die bik.sanggup kejar .ƗƗαƗƗαƗƗαƗƗαƗƗαƗƗα ..and nk die tau,,I pn perlukan die,,

Tp boleh ke semua 2 jadi kenyataan?

Friday, July 20, 2012

Semua Isi Hatimu

Ramadhan ya Ramadhan

Alhamdulillah,,


semalam dah ada pengumuman tentang kedatangan Ramadhan,
yee,,harini 20 JUL bersamaan 1433 Hijrah..dan malam ni kita semua start Taraweh yaaa


Besok subuh,sahur,,
Dan kedatangan bulan ni kena lah ada azam.dari tahun lepas..heheh

Thursday, July 19, 2012

Omg FK

Farid Kamil Jatuh Berguling Di Tangga, Lutut Retak


Komitmen kerja yang melibatkan aktiviti lasak sentiasa mengundang risiko kecederaan. Ini yang terjadi kepada Farid Kamil apabila beliau telah jatuh berguling di tangga sebuah kelab hiburan Rootz, Bukit Bintang semasa menjalani penggambaran filem Dampak, sebuah filem bergenre aksi, Isnin lalu.
Memetik laporan Mstar, Farid Kamil kini terpaksa direhatkan selama 6 minggu daripada sebarang aktiviti kerana lutut kirinya retak akibat hentakan insiden. Difahamkan, lutut kiri Farid Kamil menjadi bengkak kerana berlaku pendarahan dalaman yang amat serius.
Ekoran daripada itu, Farid Kamil yang menerima rawatan di Hospital Ampang Puteri terpaksa bergantung kepada tongkat kerana kakinya tak boleh menerima tekanan daripada lantai.

*sian FK,,

salam

salam,,
Salam rindu,salam sayang,
Rindu terlalu rindu,
Sayang terlalu sayang,
Salam rindu dan sayang teramat

Salam sedih,
Salam tetap rindu,salam tetap sayang

Sampaikan salam sayang dan rindu,
Terlalu rindu
Terlalu sayang,,

Wednesday, July 18, 2012

Sunday, July 15, 2012

apa salahku?

akhir nya,,I dapat lagu ni,,ni lagu yang cari sebelum ni,,tak sangka jumpe,,this song suki low yang nyanyi,,actually lagu ni ost zahira kot kat tv 3,,sorry forgot nama drama tuu,,


Sakit,perih menusuk hatiku,
Saat kamu ucap kata itu..
Ku hanya bisa menitiskan air mata,
Jatuh rasanya langit ini

Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkan ku,
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukup dirimu rasakan cinta tulusku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu,,

Benar salahku?
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut ke dalam
Mungkin ku tak bisa hidup tanpa kamu disisiku
Ku yakin bisa mlewati tapi berat,,
Sayang

Friday, July 13, 2012

Rasa Ini

sekarang ni,,da tak main post about feel,,just post lirik je,,da memainkan perasaan yang mendalam..huhu..


Aku Memang Terlanjur Mencintaimu

Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku

Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini

Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti
Bila Rasaku Ini Rasamu

Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga

Coba Bayangkan Kembali

Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu

Thursday, July 12, 2012

Monday, July 9, 2012

Redha - Sekadar Renungan

Qada Dan Qadar

Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.
Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah.

ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR

Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.
Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA

Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam pengetahuan Allah Taala. Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

ANTARA BENTUK KETAATAN

Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala. Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: ayat 186).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat at-Tarmizi).

SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA

Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa. Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).

KONSEP QADA DAN QADAR

Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:
- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
- Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

PERINGATAN

Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok guru kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila disebut tentang qadar maka diamlah…
(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).

PENUTUP

Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.

Thursday, July 5, 2012

Mama

"Da setahun mun kenal mama,,tapi dalam masa terdekat ni tak sangka mama baik sngat dengan mun,,


"Mama,,mama baik,mun tau mama malu sbb kejadian tempoh hari,,tapi mun betul betul minta maaf,mun tak tahu nak cari sapa,,


"Mama,mama baik sangat sebab layan mun,bantu mun,,mun tak tahu macam mana nak balas..Mama berat ambil hal mun masa tu..sedangkan yang ada tak ambil berat lansong,,


"Ma,,terima kasih atas nasihat mama,,terima kasih atas bantuan yang mun terima,,Mun hargai semua tu..Untuk mama n abah..


*mama*