Pages

Monday, May 27, 2013

keluarga baru

selamat tengah hari,,burpp!
baru lepas sentapan tghari..hehehe.,konyang den..

upppssi!da lame tak update blog,lame tak lame jugak lah kan,,so..i have a new storyy.cehh,,and new anak buah ok?.

welcome muhammd aqil zulqaiser bin azizul..itu adalah nama anak buah pertama i .betapa panjang nama beliau kn?hehehe,,
tahniah along dpt baby yg telah lama menghitung hari utk anak lelaki anda pada 22.5.2013 di hospital serdang,serdang,,perghh pjg nye cm xde nafas lak nk cite..kah3

tapi cian baby tau until now stay lg kat nicu..so sad.,aunty erah rindu aqil..aunty doakan aqil cepat cepat keluar tau,,atok,opah,n lain2 nakkn aqil..hehhe..tak sabar tunggu kepulangan aqil..mmuuaahhh!


Friday, May 17, 2013

Sah Jazle..kah3

Hot cerita harini,,hot hot.pelakon di cekup khalwat.so sad..

tak suka die ni,bukan handsome pun.puih!







Thursday, May 16, 2013

Boman Travel & Tours Sdn Bhd



Ehem2..femes jap bila da letak pic ni kat FB.har3..
Ni lah majalah keluaran LIBUR untuk MAY ni..jadi sapa yang tak ber beli lagi mai beli mai..
Alah bukan mahal pun murah jee..5 hengget je..

So,ni lah nama company yang i keje skrg ni.baru nak buat nama bagi org kenal..
Uoll nk melancong ayuh!cari i..cakap je nak kemana..kompem ade.hehe  0355181988

Ini je yang nk share.

Wednesday, May 15, 2013

Hot Panas Hot Panaassssss!

Fuh,fuhhh!!

tiup punya tiup..mmg takkan sejuk lah.
Ya Allah..sekarang ni mmg dah musim panas la agak nya suhu yang mencecah 36-38 darjah celcius setiap hari.I tanya adik i,kakak i,kawan i..semua yang mengatakan sekarang ni musim panas.org PERAK kata HANGAT PIJOR.

Hangat berbahang,,panas melampau..Ya Ampun,ini baru kat dunia i dah mengeluh kepanasan..
Penah jugak la cari tip untuk selesa bila tido tak la panas..yang di kasi tip nya letak air/ais dlm baldi bawak masuk bilik tidorr..Haah la kn,mmg la try tp tak boleh pergi jauhhh..

So hari ni search la tips untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas.tp dalam bilik nya hal i tak tau laa.sapa ada penyaman udara tu mmg sedap la,,
mcm i yang membujang ni pakai kipas 3 bilah tu je..pasang 3 pun tak boleh pergi jauh..tambah2 kipas tu nak rosak da..haduiii... eh eh..nk cerita pulak masalah kipas tu kan?terlanjur becerita.kah3

So check it out dan baca lah untuk share bersama yekkk:

Perkara Harus di buat apabila cuaca PANAS;

1. Banyak minum air putih
Minum air putih merupakan cara terbaik untuk menyejukkan badan  ketika cuaca panas. Malah, pakar pemakanan dan kesihatan menyarankan agar minum air sebelum mula berasa dahaga. Oleh itu sebaiknya dimusim panas begini bawa sebotol air sebagai bekalan setiap kali keluar rumah. Jika dirumah pula, sediakan sebotol air dan letak ditempat yang mudah dilihat agar mudah untuk kita ingat dan minum setiap kali perlu.

2. Makan yogurt
Selain kaya dengan kalsium dan probiotik yang baik untuk usus dan sistem penghadaman, yogurt juga sebenarnya boleh membantu menyejukkan badan.

3. Ambil buah-buahan yang mengandungi banyak air
Antara buah-buahan yang mengandungi banyak air ialah tembikai cina yang mengandungi 90% air ataupun tembikai susu (honeydew), betik  yang mengandungi 91% air dan juga nenas yang mengandungi 84% air.  Kesemua buah-buahan tempatan ini adalah buah-buahan tropika yang memang mudah didapatkan dengan harga yang berpatutan.

4. Ambil sayur-sayuran yang mengandungi banyak air
Bagi sayur-sayuran pula, timun, tomato dan lobak adalah baik untuk menyejukkan badan kerana ia mengandungi lebih dari 90% kandungan air. Sayur-sayuran ini bukan sahaja boleh menyejukkan badan malah ia sememangnya bagus untuk diet yang sihat.

5. Salad   
Juga digalakkan mengambil salad sebagai menu ketika cuaca panas untuk tujuan menyejukkan badan. Tetapi pengambilan mayonis yang dicampurkan ketika makan bersama salad perlu berpada-pada.

6. Minuman sejuk
Boleh juga minum minuman sejuk seperti Lai chi kang, bandung cincau dan pelbagai jenis minuman sejuk yang lain.

7. Minum jus buah-buahan
Banyakkan minum jus buah-buahan yang asli. Seperti jus tropika, jus nenas tembikai atau jus pegaga. Elakkan dari menambah kandungan gula kerana buah-buahan sememangnya mengandungi kandungan gula yang lengkap untuk tubuh badan. Sebaiknya elakkan dari mengambil minuman bergas, beralkohol dan mengandungi gula yang tinggi - TryMasak


* bacaan suhu tubuh manusia.


Monday, May 13, 2013

3 Rejab

salam dan selamat tengah hari,,,burp!
oppsii..angin sudah.Alhamdulillah harini i puasa untuk hari pertama dibulan
Rejab..alahai..

so isu terkini mcm biasa la politik manjang.mcm tak de cerita lain kn,sbb apa?
sbb harini kan 13 Mei.so mereka kaitkan hari ni dengan peristiwa yang lalu iaitu 13 Mei..YaAllah sape pulak yang nak bende ni jadi lagi,jauhkan la..
gelombang pilihan raya kini menjadi jadi,i pun malas nk layan...syukur masih berdiri tegak,duduk,telentang untuk hari ni.siap Puasa Rejab lagi..kau hado?
hahah.


so how ur Mothers Days friend?actually i tak celeb pun.nak buat hape kn.kalau dah syg mak,bukan nk tunggu smlm 12 Mei je utk wish,,hari hari boleh,die mak kita selagi die ada kita hargai..kan?so fikir fikirlah..


errr ok ni je yg nk share untuk mereka yg TAkSUB 12Mei dan 13Mei..daaa



*muka puasa..har3


Saturday, May 4, 2013

Happy GE13



Selamat mengundi semua warga malaysia.kecuali bangla bangla yang de kat Malaysia ni.



jangan bawak pengundi Hantu. 5 May 13 adalah hari yang pertama untuk dalam hidup i mengundi.tapi undian itu rahsia.jadi selamat mengundi semua.


Opppsii,,Selangor cuti ye Isnin 6.5.13