Pages

Wednesday, November 30, 2011

Ombak Rindu

Heyyy,,

Rini nak story bout Ombak Rindu.
Sekarang kan tengah "HOT" pasal filem Ombak Rindu kat panggung kan??Erm,,story macam best!Sbb salah satu novel yang telah di adaptasi kepada filem.(betuk ke ayat adaptasi tu?)

Novel ni la novel yang pertama i baca untuk seumur hidup.start baca novel ni masa form 3.Duk hostel biasa la,budak dorm banyak membaca novel,tengok dorang pon mcm syiokk lentok baca smpai tak makan,,i pon sebok membaca..novel ni tebal wouhh...kalau uall ingat novel ni kaler purple..ni la novel yang first time baca n khatam..slalu org mengaji yang khatam,tp i novel ni yang dulu..(mengaji tu mmg la dah khatam pon)..wing*
Meh tengok bentuk,colour novel ni..

ha,,ni la novel nya..nmpak cm kusam kusam sbb colour die kan?stgh org suka baca buku tengok pada kulit nya..sbb tu ada bidalan dan pepatah negatakan "JANGAN MENILAI BUKU DARI KULIT NYA.."orang putih nye kata pulak "DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER"..


Ni pulak sinopsis novel..


Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?Baca lah...



Now dah keluar pon filem nya..tp mana yang tak baca pasal novel ni mmg rugi lah..sbb kalau kita baca pon novel ni dahsgt best..Tp tak sume org suke baca novel,so amik la jalan mudah selain membaca novel..tonton la filem ni..:

watak utama: MAYA KARIN,AARON AZIZ, LISA SURIHANI, BRONT PALARAE, AZIZAH MAHZAN, ZAIDI OMAR, NORMAH DAMANHURI, NATASHA HUDSON

Lagu Ombak Rindu :

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

p/s:yoyyy,,best lagu ni..dengar la..daa.;))

No comments:

Post a Comment