Pages

Thursday, September 8, 2011

MIMPI



Maksud  Ramalan mimpi

Air
1. Mimpi melihat air sungai dalam keadaan jernih                                                                                      Ramalannya Anda akan terlepas dari dukacita kehidupan
2. Mimpi melihat air sungai keruh                                        
Ramalannya Anda akan bersendirian dan berada kesepian
3. Mimpi Sungai tiada berair                                                  
Ramalannya Keluarga terdekat anda akan ditimpa sakit
4. Mimpi perigi begitu banyak air                                           
Ramalanya anda akan menjadi ketua atau rezeki bertambah
5. Mimpi melihat sungai mengalir deras                                
Ramalanya anda akan berhijrah demi kebaikan
6.  Mimpi minum air sungai                                                     
Ramalannya anda akan dapat ilmu pengetahuan berguna
7. Mimpi air laut atau air sungai jadi tawar atau manis       
Ramalannya anda akan terlepas dari bahaya   

Api
8. Bermimpi Api membakar rumah                                 
Ramalannya anda akan berdepan dengan fitnah atau duka
9. Bermimpi makan api                                                    
Ramalannya akan mendapat isteri susah tapi bijaksana
10. Bermimpi mencium bau api                                                 
Ramalannya Akan melakukan sesuatu yang sukar dan dibenci orang kebanyakan
11. Bermimpi melihat cahaya api menjulang tinggi          
Ramalannya akan lanjut usia                   

 Angin
12. Bermimpi angin bertiup sangat kencang                
 Ramalannya Bala akan menimpa (berhati-hati dalam tutur kata anda)
13. Bermimpi terjadi angin ribut beserta hujan dan gerhana Ramalannya ada musuh akan muncul atau ada orang-orang besar akan mati
14. Bermimpi angin bertiup sepoi-sepoi bahasa         
Ramalannya akan mendapat kebaikan dalam pekerjaan atau pergaulan seharian                                           

Bulan
15. Bermimpi nampak bulan                                                  
Ramalannya anda akan dikasihi oleh orang berpangkat
16. Jika Bermimpi nampak bulan sabit sahaja                       
Ramalannya ada orang berdekatan dengan anda dalam kesusahan
17. Mimpi bulan purnama atau terang benderang        
Ramalannya usaha jujur kita akan mendapat perhatian baik
18. Bermimpi bulan atau matahari kembar                                   
Ramalannya akan ada diantara orang besar atau ketua berlaga atau bertelagah sesama sendiri
19. Mimpi menelan bulan                                                         
Ramalannya akan tinggi darjat
20. Jika bermimpi bulan atau matahari  turun dalam rumah     
Ramalannya akan memperolehi harta           

Kain
21. Bermimpi memakai kain atau pakaian putih                       
Ramalannya akan mendapat kebaikan dan dihargai
22. Bermimpi memakai pakaian bewarna hijau                
Ramalannya segala cita-cita diperkenankan Tuhan
23. Bermimpi memakai  pakaian warna merah atau hitam    
Ramalannya akan ditimpa sesuatu perkara yang tidak baik (anda harus berhati-hati membuat keputusan)
24. Bermimpi kain yang kita pakai koyak                           
Ramalannya berlaku kematian keluarga terdekat  
                                                                                                       
Daging
25. Bermimpi makan daging kuda atau gajah                  
Ramalnnya akan mendapat kekayaan dan panjang umur
26. Bermimpi makan daging ayam, burung @ kambing            
Ramalannya akan mendapat kekayaan atau wang
27. Bermimpi makan daging burung hantu                          
Ramalnnya akan mendapat harta yang banyak
28. Bermimpi makan daging kera                                        
Ramalannya diri anda akan ditimpa sakit
29. Bermimpi makan daging pelanduk atau kijang            
Ramalannya akan mendapat kebaikan dalam pekerjaan atau organisasi perniagaan        
                                                                 

  Darah
30. Bermimpi air laut atau sungai bercampur darah          
Ramalannya bahaya akan menimpa diri atau kediaman atau negeri anda
31. Bermimpi darah keluar bercucuran dari tubuh              
Ramalannya akan berpisah dengan ibu atau akan sakit
32. Bermimpi diri dipukul orang hingga berdarah              
Ramalannya akan mendapat harta kekayaan
33. Bermimpi membuang darah                                          
Ramalannya akan sembuh dari penyakit               


Jalan
35. Bermimpi melihat jalan masuk ke dusun                     
Ramalannya akan dapat khabar gembira
36. Bermimpi melihat jalanraya yang luas                        
 Ramalannya akan mendapat keredaan Tuhan dan mendapat berita gembira
37. Melihat laluan yang semakin lama semakin sempit    
Ramalannya akan mendapat kesukaran
38. Jika  mimpi itu anda berjaya keluar dari jalan sempit   
Ramalannya anda akan selamat dari kerja-kerja jahat atau pakatan jahat terhadap anda    


p/s:tafsir atas ni tak de kene mengena ngn mimpi2 i sebelum ni..tp ini adalah untuk sharing2 je..kuang3..kalau nk ceritakan pasal mimpi i,mmg blog ni jadi blog mimpi moon.hahaha..chill ;D                           

No comments:

Post a Comment